Assalamualaikum salam ukhwah....
Sudah lama kiranya Fieza tak menulis di blog kerana beberapa hari telah menolong adik menyiapkan tempahan kuih bahulu sebaanyak seribu biji. Alhamdulillah segalanya telah selesai dan telah selamat hantar kepada pembelinya.
Pada kesempatan ini  Fieza dan keluarga dari IEZABEADS ENTERPRISE ingin mengucapkan selamat tahun baru Salam Maal Hijrah. Semoga perniagaan IEZABEADS akan terus berkembang maju. Marilah kita sama- sama membangunkan dan menjalin ukhwah dengan lebih erat sesama muslim dengan adanya penubuhan perniagaan IEZABEDAS ENTERPRISE. Marilah kita sama-sama pesan memesan sesama muslim agar dapat melahirkan lebih ramai generasi muslim yang gemilang.

 Sempena sambutan Maal Hijrah IEZABEADS ENTERPRISE ada mengadakan beberapa promosi antaranya:-

 (i) "JOM SAHABAT, ANDA DAPAT"
Anda cuba memperkenalkan IEZABEADS ENTERPRISE kepada sahabat,keluarga, jiran tetangga & sesiapa sahaja & mereka berbelanja di IEZABEADS ENTERPRISE, anda layak untuk mendapat diskaun sebanyak 5% bagi setiap pembelian.
* mengikut syarat-syarat & terma yang telah ditetapkan oleh syarikat

(ii) "IEZABEADS'S CLUB FUN-SHOP"
Anda mendaftar sebagai ahli IEZABEADS ENTERPRISE sebanyak Rm25 sahaja seumur hidup anda layak untuk mendapat diskaun dari 10%-30% bagi barangan tertentu.
* mengikut syarat-syarat & terma yang telah ditetapkan oleh syarikat

Sokongan yang padu dari anda amatlah dihargai. Semoga perniagaan IEZABEADS ENTERPRISE akan lebih berkembang maju dan dapat capai impian Fieza dalam masa yang terdekat untuk membuka cawangan di setiap negeri seluruh Malaysia. Di harap dengan adanya IEZABEADS ENTERPRISE dapat membantu menyelesaikan semua kehendak bakal-bakal Raja & Ratu sehari bagi meraikan majlis mereka. Selain itu bersamalah kita beramal dengan membantu melahirkan lebih ramai generasi muda dalam membina empayar perniagaan Islam yang lebih diberkati & diredhai Allah. InsyaAllah......"Allah telah berjanji 9/10 daripada rezeki adalah dari perniagaan", semoga rezeki yang kita perolehi tergolong dari janji Allah itu.....InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment